Friday, February 8, 2013

Penerima darjah/pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukriz Mahathir serta Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Rodzali Daud mengetuai senarai 87 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-85, tahun ini.

Mereka disenarai menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.


Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu akan disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah mewakili Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit, di sini.

Selain DHMS, tiga darjah kebesaran disenarai membabitkan lima penerima melalui Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira, selain tiga penerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) dan 60 penerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang masing-masing membawa gelaran Datuk.


Bagi DGMK, lima yang disenarai ialah Panglima Medan Tentera Darat Left Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim; Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Left Jen Datuk Abdul Hadi Hussin; Ahli Lembaga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Prof Datuk Ismail Ibrahim, Bendahari Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Lim Teong Kiat dan Pengerusi Pertubuhan Hainan Langkawi Datuk Tan Hong Eng.


Bagi DPMK pula, tiga penerima disenarai ialah Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Datuk Mohd Noor Daud; Panglima Markas 2 Divisyen Bayan Lepas Mej Jen Datuk Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Sementara itu, penerima DSDK pula termasuk dua Kerabat Diraja Kedah iaitu Datin Tunku Marina Tunku Annuar dan Tunku Muzaffar Shah Tunku Jaafar serta tiga ahli politik iaitu EXCO Kerajaan Negeri Kedah Dr Ismail Salleh; Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kasim dan Ahli Dewan Negara Senator Muhamad Yusof Husin.


Turut menerima darjah sama ialah Pegawai Daerah Langkawi Harun Jasin; Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Asma Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara Che Pee Samsudin.

Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Datuk Tan Cheng Yam; Pesuruhjaya Perdagangan Konsul Jeneral Malaysia (Bahagian Komersial) Los Angeles Fauzi Ayob; Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ahmad Ishak dan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Putrajaya Abdul Khani Daud.


Penerima lain termasuk ratu bulu tangkis negara Rosalind Singha Ang; Perunding Strategik Ramrad Group of Companies Ramizi Radzi; Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad Dr Abdul wahab Ismail; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Pengurusan dan Transformasi) MAMPU Dr Mazlan Yusoff.


Pegawai Khas kepada Naib Canselor (Media dan Acara Rasmi) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Noor Abd Hamid.


Turut menerima DSDK ialah kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Ketua Provos Marsyal Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) Brig Jen Mohd Nasser Murad; Panglima Markas 21 Grup Gerak Khas (GGK) Brig Jen Effendi Ab Karim.


Pengarah Kesihatan Markas ATM Brig Jen Dr Zakaria Awang; Pegawai Memerintah Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR) di Lumut Laksamana Pertama Chin Yoon Chin dan Komandan Maktab Pertahanan ATM di Padang Tembak Laksamana Pertama Aris Adi Tan Abdullah.


Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dua yang disenarai menerima gelaran sama ialah Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Rodzi Ismail dan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman SAC Datuk Abdul Jalil Hassan.


Bagi kategori pengamal perubatan pula, nama disenarai menerima DSDK ialah dua Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Kedah Medical Centre (KMC) iaitu Dr Kamaruzaman Ali dan Dr Kang Bean Chong; selain Pakar Bedah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Dr Wan Khamizar Wan Khazim; Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Oftalmologi HSB Dr Haslina Mohd Ali serta Pakar Bius Hospital Pakar DEMC di Shah Alam Kol (B) Dr Jaseemuddeen Abu Baker.


Bagi Pingat Jaksa Pendamai pula, antara nama disenarai termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah dan Lim Soo Nee; selain Pengarah Urusan Tokai Engineering Datuk Jimmy Lim Lai Ho dan Pengarah Urusan Minat Johan Sdn Bhd Datuk Chong Chim Tiong.



/-

No comments:

Post a Comment

Blog